Akaun ubfinspiration.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
MUTAWWIF HARAMAIN BADAL HAJI & BADAL UMRAH



UBF MUTAWWIF HARAMAIN

adalah sebuah entiti di bawah
UBF RICH Sdn. Bhd.
yang dimiliki oleh
Ust Hj. Bakhtiar Fitri Bin Abdul Hamid (UBF) dengan melantik Ust Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi sebagai Duta kami yang beribu pejabat di Kajang Selangor. Pengalaman kami cukup luas mengendalikan bukan sahaja BADAL HAJI
tetapi termasuk Umrah, Qurban Aqiqah Mekah, Import Kurma Ajwa 'Aliyah Madinah dan 
Minyak Wangi inspirasi Haramain yang diedarkan di seluruh negara. 

BADAL HAJI
BUKTI KASIH DAN CINTA BUAT AYAH IBU

Dalam sebuah ceramah, Ust Hj Bakhtiar Fitri berkongsi kisah anak yang mengadu kesedihan tidak dapat berbakti kepada ayah ibu sewaktu mereka masih hidup.
Jangan bersedih anak-anak. Allah tahu betapa sayangnya kepada ahli keluarga yang meninggal dunia. Bukan setakat ayah ibu, bahkan suami, isteri, anak-anak yang telah kembali ke Rahmatullah,
kita sangat sayangkan mereka. Gantikan kesedihan dan buktikan kasih sayang dengan melaksanakan BADAL HAJI buat mereka.


Sabda Nabi SAW :

- حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما

"أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ:

إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟

قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟

اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ".

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata:

“Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”.

Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”.

Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie


"Alhamdulillah, terima kasih UBF Mutawwif Haramain dapat sempurnakan
Badal Umrah Arwah ayah kami dengan sempurna. Siap video sekali"
- anak Allahyarham Haji Abdul Hamid.

-------------------------------------

"Memang istimewa Badal Haji dan Umrah bersama UBF Mutawwif Haramain.
Semuanya sempurna. Dapat pulak hadiah istimewa.
Terima kasih kerana membantu kami memberi hadiah istimewa buat ayah kami"
- anak Allahyarham En Abdullah.



PERHATIAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA !
500 tempahan Badal Haji telah dibuka buat orang yang tersayang.
Inilah hadiah terbaik buat ayah ibu dan keluarga kita.





Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan serta bukti ibadah dilaksanakan sama ada berbentuk gambar atau video. 
Lebih istimewa, peserta akan menerima
1. Hadiah Ekslusif dari UBF
2. Buku Koleksi Doa Ibu Bapa Kepada Anak-anak 3. Sijil Penyertaan Badal Haji 4. Diskaun Qurban Kambing dan Unta
.
Tempahan sudah bermula. Rebut peluang bersama kami. Moga Allah terima segala ibadah kita. Amiin.
KEISTIMEWAAN DAN KRITERIA PERLAKSANAAN BADAL HAJI BERSAMA UBF MUTAWWIF HARAMAIN

SOAL JAWAB BADAL HAJI

Soalan : Apakah maksud Badal Haji?
Jawapan : Badal Haji juga disebut sebagai Upah Haji. Ianya bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.


Soalan : Apakah hukum Badal Haji?
Jawapan : Harus


Soalan : Apakah sebab dibolehkan Badal Haji?
Jawapan : Meninggal dunia atau keuzuran seperti sakit yang tidak ada harapan sembuh atau kecacatan yang menghalang melaksanakan haji. Bagi orang yang melaksanakan badal haji, hendaklah telah melaksanakan ibadah haji terlebih dahulu untuk dirinya pada tahun sebelumnya.



Soalan : Syarat Badal haji yang sah?

Jawapan : Ada lapan syarat.

1.  Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya 

2.  Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri. 

3.  Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia. 

4.  Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.         

5.  Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut. 

6.  Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus. 

7.  Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu. 

8.  Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.

GAMBAR PELAKSANAAN BADAL HAJI

BORANG BADAL HAJI